Thursday, 3 October 2013

Bukan rezeki vs. Mamat Poyo ! (sad+happy)

Hi, assalamualaikum..
Malam ni, Iz nak cerita pasal semalam.. Untuk pengetahuan korang, semalam merupakan kemuncak bagi Lalulintas Shell iaitu pertandingannya.. Iz rasa seronok sangat.. Maklumlah first time ikut, biasalah tu.. Hehe.. Nervous juga Iz masa kt sana.. Sementara menunggu sekolah rendah bermain, Iz ngan kengkawan duk kt satu tempat.. Di sana, kami buat kerja masing2.. Ada yang bercerita, main handphone dan macam2 lagi.. Ibarat tempat tu kami yang punya.. Haha~ Memang best.. Tapi ! Bila dh sampai turn sekolah menenggah perasaan nervous tu datang balik.. Huhu~ Takut sangat2..
Tapi, semuanya berjalan dengan baik, alhamdulillah.. :) Walaupun sekolah Iz hanya dapat tempat kedua, Iz tetap berbangga sebab Iz berjaya menghabiskan setiap stesen yang diberikan.. Hehe.. Memang ada sedikit kecewa sebab tak dapat nak p Sandakan.. Tapi, apakan daya.. Bukan rezeki.. Anyways, Iz enjoy sangat masa kt sana.. Macam2 perasaan ada.. Lebih2 lagi masa kena ucapkan siapakah pemenang bagi Lalulintas Shell 2013.. Dup dap dup dap jantung Iz ngan kengkawan yang lain menunggu keputusannya.. Masa dengar pemenangnyalah sungguh2 kecewa hati Iz dan beberapa kawan Iz yang lain.. Sebabnya, kami sekumpulan dh buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh.. Harapan cikgu pun tinggi pada kami saat itu.. Tapi semuanya hancur berkecai ibarat kaca terjatuh ke lantai.. Huhu.. Sangat sedih lagi menyedihkan saat itu.. Kami pun baliklah dengan muka kecewa.. Hmm~ Takpe la.. Asal ada nombor, daripada takda langsung.. Kn?

Cerita keduanya..
Hari yang sama tapi berbeza waktu.. Hehe.. Ada sorang mamat ni.. Dia tegur Iz kt ruang chat kt Facebook.. Cara dia bercakap tu memang bikin panas kadang2.. Dia ni kawan 1 kelas ngan Iz.. Kitorang ni kalau nak dikatakan, taklah juga rapat.. Gitu-gitu ja.. Hari tu gak, Iz ada update status kt FB.. Iz rasa mungkin dia ada terbaca then terus ni inbox Iz.. Dia tanya Iz "kecewa ka?" Iz pun jawablah sepatah.. Perbualan kami berlanjutan sampai jam berapa Iz pun tak tau.. Hehe.. ;) Lepas tu, dia cakap "haha...ya lh..tda mood kau nii..lek2 lh..okay.." Iz jawab ok.. Then hantar fake smile meep emoticon tu.. Dia cakap "happy2.." Then, he says "babai intaz.." Iz pun jawab "ok, bye _____ .."
Huhu~ Iz sebenarnya tak tau.. Kenapa pula Iz happy bila dia tanya Iz macam tu.. Macam dia cares pula ngan Iz.. Hehe.. <3 Perbualan kitorang ter-stop sampai situ ja.. Huhu.. Aiyh? Kenapa tetiba miss ngan dia pula.. Aiyh.. ;(

Tuesday, 1 October 2013

Alahai twenty-four..

Masa kt sekolah tadi banyak kawan Iz sembang pasal anak YB tu nak pindah.. Balik-balik ni dorang tanya Iz, "kw tak sedih ke? Acie kw nk pindah taun depan.." Adeh! Iz tau la dia tu pernah ada hati pada Iz dulu.. Tapi tak bermakna Iz pun ada hati dengan dia.. Memanglah Iz sedih sebab dia nak pindah.. Iz akui memang Iz sedih.. Tapi Iz sengaja tak nak mengaku depan kawan-kawan Iz sebab kalau Iz mengaku memang kecohlah kelas tu.. Pastu gosip lama berulang balik.. Aish! Tak mau eh.. Biarlah Iz rahsiakan je dari kawan-kawan Iz tu.. Kelas Iz memang gila-gila orangnya termasuklah Iz sendiri.. Hahaha! Tapi, gila-gila kami pun kami masih berakal.. Kalau ditengok semua orang dalam kelas Iz tu macam sama ja otaknya.. Suka bergurau, sporting, cool dan macam-macam lagi lah perangai kami ni.. Tapi, yang istimewanya kelas kami berbanding kelas lain.. Gurauan kami masih ada batas terhadap guru.. Kalau kami ada salah,  dengan pantas kilat kami minta maaf dan ampun.. Kalau kelas lain, mungkin tidak atau mungkin ada gak.. Iz memang ada perhatikan setiap kelas, setiap gurauan dorang memang pedas dan menyakitkan.. Mungkin ada cikgu masih
boleh tersenyum dengar gurauan dorang.. Tapi, bagi guru yang tak tau apa-apa macam guru baru.. Macam mana? Apa perasaan guru tu nanti kn? Kata orang sekali terguris hati seorang guru itu, sampai bila-bila ilmu yang disampaikan tak berkat melainkan guru itu menghalalkan dan sudi memaafkan murid tu..
Adeh! Jauh betul Iz menyimpang.. Haha.. Sambung balik pasal kawan-kawan kelas Iz.. Kalau anak YB tu pindah, tinggal 24 orang je la dalam kelas.. Huhu! Harap-harap ada orang masuk kelas kami macam sebelum ni.. Sorang kawan dari kelas Iz pindah.. Angah nama dia.. Dia dh pindah p semenanjung.. Hmm~ Sedih gila.. Tapi, yang bestnya datang pelajar baru masuk kelas kami.. Kira first time tu setiap pelajar yang baru datang masuk kelas kami.. Sebab ramai pelajar baru yang masuk sekolah kami.. But tak sorang pun masuk kelas kami.. Untuk pertama kalinya kami menerima pelajar dalam kelas kami.. Sayangnya sorang masuk sorang keluar.. Dh elok dh 26 orang tapi kawan Iz c Angah tu pula yang pindah.. Alahai~ Jadi 25 balik.. Pasni, kalau anak YB pindah kurang lagi kami jadi 24 pula.. Hmm~ Ok la, sampai sini je la story ni malam.. Iz nak tidur dulu.. Esok Iz ada pertandingan lalulintas shell pula.. Huhu! Excited ni, maklumlah first experience.. Hehe.. Ok, bye! Assalamualaikum and good night korang.. Sweet dreams ar.. :)

Sunday, 29 September 2013

PBS ? OhMyGod..

Hi ! Assalamualaikum..
Iz nak tanya sikit, boleh tak? Korang rasa pbs masih ada ke?? Kalau mengikut kata cikgu Iz la kn, form3 2014 akan mula ikut exam.. Aih? Pbs ngan exam sekali? Tak boleh jadi ni.. Dh elok-elok pbs je ada pula exam? Hmm~ Memang teruklah macam ni.. Dh la lama tak pegang kertas ujian.. Tut tut ada exam pula.. Mampos la derr! Huhu.. Harap-harapla Iz dapat ready s'ready-readynya.. Amboi, sejak bila english word boleh plus malay word? Hahaha! Kalau macam tu la memang kompom gagal.. But, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya.. Thats mean, Iz masih boleh improve BI and Bm Iz.. Kn kn ? :p
Dalam banyak-banyak pelajaran, Iz rasa Math lagi susah! Second, sejarah and sains.. Yang lain tu masih boleh kira makanan Iz gak la.. InsyaAllah..Walaupun ada pelajaran yang senang, Iz tau Iz tak boleh pandang ringan macam tu saja.. Sedikit sebanyak Iz mesti kena belajar juga dan ambil perhatian.. Tapi kn, sejak ada pbs ni Iz rasa macam tak yakin dh untuk jawab exam.. Sebabnya, cuba korang imagine.. Baru je belajar hari ni, esoknya lupa sudah.. Aih! Macam mana la ni mau ambil exam kalau asyik berterusan macam ni?
Hmm~ Sampai sini je la post Iz malam ni.. Iz nak layan perasaan dulu.. Sambil-sambil berfikir untuk future Iz.. K bye ! See you next night.. :*

Saturday, 28 September 2013

Awesome Camp

Assalamualaikum,
Hi ! Rasanya lama dh Iz tak update.. Huhu.. Hari ni Iz nak cite pasal perkhemahan unit beruniform.. Camp ni sebenarnya lama dh berlalu.. 3 minggu lepas mungkin, Iz pun dh tak ingat.. Camping tu memang best, aktiviti pun menarik berbanding tahun lepas.. :) Tak sia-sia Iz ikut.. Hehe..
Antara aktiviti yang menyeronokkan bagi Iz ialah aktiviti solo camp.. Aktiviti tu memang perghh!!! Cukup terbaik untuk menguji kekuatan iman Iz.. Macam yang korang sedia maklum, Iz ni kn penakut tapi dalam aktiviti tu Iz berjaya lawan rasa takut Iz.. Yeah! :) Bangga jap.. Haha
Tapi, yang Iz sedihnya Iz tak dapat ikut masuk hutan.. Hmm.. Tujuan utama Iz ikut camping tu sebab nak masuk hutan je.. Tapi~
Hai, nak wat camna lagi kn? Bukan rezeki la katakan.. Yang Iz bertambah geramnya aktiviti masuk hutan tu tukar jadi aktiviti iktiar hidup.. Arghh!!! Geramnya.. Iktiar hidup kt dalam hutan derr! Sapa yang tak nak, kn? Huhu.. Takpe tahun depan ada lagi.. InsyaAllah kalau rezeki dapat la ikut.. Yeah! :) Emm, sampai sini je la post Iz untuk hari ni.. Esok malam Iz akan post lagi.. Jangan risau selagi hayat dikandung badan, Iz akan tetap update post mengenai story Iz ni.. Hehe! :p Well, Iz chauu lu.. Bye ! :)

Wednesday, 21 August 2013

Assalamualaikum Hari Raya!

Hi!
Jumpa lagi kita.. Hehe.. Raya dah nak abis dah, but baru sekarang Iz nak post pasal raya.. Huhu! Emm,, apa-apa pun Iz nak ucap Selamat Hari Raya kat korang semua maaf zahir dan batin.. Amacam raya korang? Best? Mesti best kan.. Hmm
Actually, Iz rasa raya tau ni macam tak best.. Sebab apa, Iz pun tak tau.. Mungkin ada beberapa kemungkinan laa.. Tapi, tu semua cuma kemungkinan.. Belum tau betul ke tak.. Antara sebab-sebab raya Iz tahun ni tak best ialah sunyi, sepi, takde kawan dan kehilangan seseorang yang menjaga Iz masa Iz umur 8 tahun.. Iz tak tau kenapa Iz boleh cakap Iz macam orang yang takde kawan langsung.. Padahal, Iz ada banyak kawan kat sini.. Tapi, tak seronok langsung! Huhu.. Sebenarnya, Iz rindu dengan kawan-kawan Iz yang duk kat perak tu.. Mungkin sebab itu la kot Iz rasa sunyi sebab dorang takde kat sini.. Tak macam 4 tahun yang lepas, Iz selalu kumpul ngan dorang.. Buat study group, main sama-sama, macam-macam lagi la.. Dan satu kenangan yang Iz tak dapat nak lupa ialah, masa balik sekolah.. Iz ngan kawan Iz memang akan konker bas sekolah, tak cukup mengonker jadi gangster bas pula.. Haha! Rindu betul ngan kenangan semua tu.. Berlainan pula kat sini, Iz tak tau siapa sebenarnya kawan Iz yang sebenar.. Iz masih belum jumpa orang yang betul-betul menghargai ikatan sebuah persahabatan.. Seperti ikatan persahabatan Iz ngan kawan Iz yang kat semenanjung tu.. Mungkin semua itu yang membuatkan Iz rasa tak seronok, meriah dan kesunyian kat sini.. Hmm.. Apa-apa pun, cerita yang lalu kini tinggal hanya kenangan.. Pahit manis kenangan itu tetap berada dihati Iz tuk selama-lamanya.. ;)

Sunday, 18 August 2013

Seramnya malam...

Assalamualaikum,
Hah! Bertemu lagi kita.. Hehe.. Malam ni, macam biasalah Iz nak kongsi story kat blogger semua mengenai hidup Iz.. Sebagai pompuan kan mesti selalu bantu mak kat dapur, betul tak? Begitu jugalah ngan Iz.. Iz suke tolong ibu Iz, lebih-lebih lagi memasak.. Tapi, bila time nak cuci pinggan mangkuk tu yang sengsara.. Huhu..
Nak tau sebab ape? Sebabnye, time Iz nak kemas-kemas tu mesti ade je benda jatuh dari atas.. Dh la mengejutkan, bikin takut pula tu.. Iz mengaku, Iz ni penakut.. Sebab tu laa, time Iz kemas-kemas dapur pada waktu malam mesti ade mp3 sebagai peneman.. Hahaha! Lepas tu mulalah konsert malam kat dapur.. Semua tu hanya sebab untuk mengelakkan terdengar bunyi terjatuh yang bikin Iz berlari 5 meter masuk terus ke ruang tamu.. Hehe..
Bukan tu je, ok.. Waktu pagi pun berlaku gak cmtu.. But, sometime je la.. Thats why la, tak kira pagi, petang atau malam memang ada konsert tanpa henti dari Iz.. Lepas siap keja Iz di dapur baru la berakhirnya konsert Iz tu.. Hehehe.. Iz cuma nak ingatkan kepada jiran yang tertinggal dekat ngan rumah Iz tu
faham-faham je la ye.. Iz minta maaf sangat kalau konsert Iz tu menganggu korang.. Huhu! Ok la.. Iz nak tido dulu.. Esok nak sekolah dh..
Bye!

Blog Oh Blog ...

Assalamualaikum!
Hi, ape kabar Blogger? Hehe.. Lame tak update story ni., huhu.. Rindu rasanye.. Tapi! Nak buat macam mana kn.. Sibuk memanjang sampai tak sempat nak celik sikit kat blog ni.. Online sampai tengah malam tapi tak juga tersinggah walaupun sekejap.. Hmm.. Well, bukan tu yang Iz nak cite kat sini.. Iz nak cite pasal blog Iz yang first tu.. Iz dh dapat access blog tu dh.. Iz cadang nak guna blog tu, but Iz lebih sayangkan blog ni.. Soo.. Blog ni je la Iz akan guna sampai bila-bila.. :)

Ha! ni blog Iz yang lame..
--> http://adiq-didiq.blogspot.com/ .. Blog ni takde background.. Ingatkan nak tukar, but tak jadi sebab Iz bukan guna blog ni lagi. So, gitu la jadinya.. TERBENGKALAI.. Hehe.. Ok la, Iz nak out jap.. Nak sambung buat keja.. Bye!

Friday, 5 July 2013

Hari Sedih,,!

Hi,
Ape khabar? Lame dh Iz tak update kn? Huhu.. Hari ni, Iz sedih sangat.. Ustazah Iz dh nak pindah.. Hm~ Tapi, tadi kelakar sikit pun ade gak.. Hehe,, Yela, lepas waktu rehat abis kn mase Ustazah Iz masuk.. Iz ngan kawan Iz lambat masuk.. Almaklumlah, kami kn orang yang sangat busy.. Haha! Yela sangat.. Mase kami masuk kelas dan nak duduk tu, Tetibe je Ustazah nangis.. Iz ngan kawan Iz tu pun terikut nangis gak.. Mane taknye, Iz tengok sekeliling semue dh mate merah-merah.. Huhu.. Terjatuh la airmata pertame Iz kt kelas tadi.. This is a new moment, ok? Sebab Iz tak penah nangis kt sekolah sepanjang Iz jadi warga SMK Beaufort II.. So, ini perkara yang sangat bermakna.. Haha! Eh, yeke? Ntah la.. Haha.. Hari ni perasaan Iz bercampur antara sedih ngan geli hati.. Tapi, untuk pengetahuan korang semue yang bace blog Iz ni, Iz nak bagi tahu.. Iz ni kalau nangis, jarang sangat korang nampak.. Nak tahu nape? Sebab Iz taknak tunjukkan kesedihan yang Iz alami.. Kalau Iz nangis pun, Iz akan cari tempat yang takde orang.. Iaitu tempat yang hanya ade Iz, makhluk-makhluk Allah dan juga Allah yang sentiasa mendengar luahan hati Iz.. Ade yang kate, Iz takde feeling sebab time orang nangis kuar airmata, Iz langsung tak nangis apatah lagi mengeluarkan airmata.. Honestly, Iz akan nangis untuk bende yang betul-betul buat Iz nak nangis or sedih.. That's why, Iz jarang nangis.. Hehe~ Ok la, jumpe lagi nanti.. Iz nak cari ilham dulu untuk siapkan pbs band6 sains dan psv.. SYS!! Bye~ :)

Friday, 28 June 2013

Stressss,,!

Hi,
petang ni, Iz stress sangat bile teringat kejadian semalam.. Huhu,, Iz betul-betul nak lupakan kejadian semalam tu.. Sebab ia sangat memalukan Iz,, apatah lagi malam itu juga la yang berjaye buat Iz menjatuhkan air mate Iz.. Korang nak tau macam mana kejadiannye?? Ha! Bace sampai habis..
Semalam! Iz dah siapkan keje folio agama islam Iz dari petang.. Bile dah tibe mase nak print tu,, masalah pertame berlaku.. Semua keje Iz hilang!!! Huhu,, punye main panik Iz cari balik semua keje Iz tu.. Satu file microsoft word tu Iz selongkar.. Tetap tak jumpe,, Iz pun naik atas masuk bilik pastu nangis macam orang gile.. Ibu Iz panggil Iz dari bawah suruh print keje tu cepat.. Dengan suare control sedih Iz jawab esok je Iz buat.. "nape pula?" tanye ibu Iz.. Iz pun cakap dengan keadaan menangis bahawa semua keje Iz dah hilang.. Ibu Iz tenangkan Iz dan cakap jangan nangis lagi.. Ayah Iz pule tolong cari balik keje-keje Iz tu.. Tapi, malangnye tetap tak jumpe.. huhu.. Terpaksa la buat yang baru,, tapi Iz respect and terharu sangat dengan ibu bapa Iz..
Kejadian kedua pula, berlaku pada malam yang same gak.. Lepas hati Iz tenang sikit, Iz pun naik atas nak p tido.. Iz nak set alarm untuk bangun p sekolah esok, tapi sebelum tu Iz mesti On phone dulu.. Seperti biase la,, phone Iz ni kalau takde password memang tak sah! Masa nak type password tu, buat hal la pula phone Iz tu,,  tak dapat nak tekan!!! Arghhh... Menangis Iz di buatnye.. Dari jam 1 sampai jam 2 pagi... 15 minit kemudian, Iz berhenti menangis dan buat keje sekolah maths and BM.. Nasib Iz masih ingat keje umah yang lain,, kalau tak bertambah stress lagi la..
Kejadian terakhir pula,, Iz lambat bangun nak p sekolah.. Huhu,, Awalnye, Iz dah terbangun dah dari jam 4.55 pagi.. Tapi Iz tertidur balik,, aiya! Memang salah Iz pun.. Hmm.. Dah la lambat bangun,, kena kasi tinggal kete pula tu.. Nasib la ayah Iz sanggup hantar p sekola,, kalau tak, alamatnye tak ke sekola laa Iz tadi.. Hmm~ Banyak betul kejadian yang menimpa Iz dalam dua hari ni.. Tapi, nak buat macam mana.. Dah name nye dugaan, ape boleh buat kan? Hmm~ ;(

Tuesday, 25 June 2013

Feeling angry!

Hi,
Hari ni Iz marah sangat.. Tadi happy-happy je, but now I'm feeling angry.. Why? Ha! ni pasal kes teringat balik kejadian kat sekolah tadi.. Taklah bahaya pun, cuma Iz tak suke dengan cara kawan Iz tu.. Name die biarlah rahsia.. Actually, Iz tak berape marah pun,, biase la orang pompuan kan kalau dah berabih gelak tu mesti ade terpukul sikit kn? Jangan nak menipu..Kalau Ya, cakap ya.. Kan menipu tu tak baik, Ustazah Iz cakap "keje x senonoh".. Haha,, Iz tak kesah kalau die nak pukul Iz sikit.. Tapi janganlah kat bahagian kepala.. Kesian la sikit kat Iz ni, dah la asyik pening berpanjangan dan di selang-seli kan dengan sakit kepala.. Hmm! Dorang semua tak penah rase kot seperti yang Iz rase selame ni.. Sakit tau! Dan sejujurnye, Iz tak tertanggung semue penderitaan sakit kepala Iz ni.. Kalau sekali-sekala tu biase la, tapi cube bayangkan kalau korang semua rase sakit yang Iz tanggung ni.. Sakit kepala yang berpanjangan! Korang sanggup ke? Mungkin ade yang sanggup.. Tapi, Iz tak sanggup.. Sebab sakit tu mengganggu Iz.. Apatah lagi bile time belajar or buat keje umah.. Mesti la keje Iz terganggu sebab tak dapat nak fokus.. Pasal penyakit Iz ni takde sape pun yang tau.. kecuali Allah, Iz sendiri dan kawan baik Iz yang dh duk kat asrama tu.. Family Iz sendiri pun Iz tak penah cakap.. Sebab Iz tau kalau Iz cakap pun dorang macam tak berape nak percaye.. Pernah suatu hari tu, Iz cakap kat ibu Iz pasal penyakit Iz ni.. Iz cakap nak buat pemeriksaan kepala (x-ray) tapi ibu Iz tak benarkan sebab kate nya bahaya.. Iz pun akur laa.. Hmm~ Iz dah cube macam-macam cara untuk mengurangkan sakit kepala Iz ni.. Tapi ape kan daya, semua cara yang Iz buat tak penah berjaya.. Takpe la.. Mungkin Allah tau Iz mampu tanggung semua ni, sebab tu la Allah beri Iz penyakit macam ni.. Betul tak? Ok la, sampai sini je la.. Next night kite jumpe lagi, ok? Iz nak sambung bace buku dulu.. Bye!

Just call me Iz

Hi,
It's me again! Hahaha.. Happy pula ni malam.. Ok, guys hari ini saye nak bagi tau name singkatan saye.. Nak tau? Hehe.. Name gelaran saye ialah Iz.. Aik? Jap! Kenape pula Iz?? Laa, dah name singkatan, tentulah singkatan dari name saye sendiri.. Di sini saye ingin menegaskan, bahawa name singkatan saye ini tidak ade kene mengena dengan orang yang saye suke atau minat.. Saye takde crush, ok.,! I'm single maa... Haha.. So, mulai sekarang saye gelar diri saye dengan name singkatan tu.. Jangan pula korang pelik, sebab di entri saye akan datang _saye tu bertukar jadi Iz_ pula.. Hehe,, Saye sudah sedia maklum kn?? So, no comment la.. ;)

Sunday, 23 June 2013

Hero Malaya

Hi,
Ape khabar? Sihat? Ha! Seperti biasalah, saye akan post apa-ape saje tentang saye.. Em, kalau cite yang dah lepas tu takyah cite la.. Perkara lame kan? So, takyah ingat-ingat lagi.. Nanti saye pula yang sakit hatinye.. Hehe! Sebelum tu saye nak cakap dulu, kalau saye update post-post kat blog saye ni memang malam-malam.. Jadi korang jangan terkejut pula tengok semua post-post saye antara jam 11 or 12.. Nak tau kenape? Sebab mase tu je ade untuk post story.. Pagi-pagi sebenarnye boleh, tapi ni kan private saye.. Saye taknak family saye bace cite saye but kalau orang lain,, dipersilakan!!! Hehe.. :)

Hari ni, saye nak postkan lukisan hero malaya buatan saye sendiri.. Ha! Lukis ni bukan saje-saje tau.. Tapi sebagai keje pbs saye.. Almaklum la, saye kan baru Form 2 and bakal-bakal budak yang takde PMR.. So, pbs ni yang bantu saye.. Nak tengok lukisan saye??? Ha! Tengok kat bawah ni..;

Cantik tak? Hehe.. Saye tak berape teror sangat nak lukis.. So, kalau ada cacat sikit or banyak tu jangan komen la ye.. Lukisan ni, tercetus semase saye tengah tengok movie.. Saye pun cari la hero-heronye.. Tapi oleh sebab lukisan untuk pbs seni saye ni suruh cipta hero malaya baru.. Terpaksa la perah otak sebab nak buat ciri-cirinye macam mana, ade senjate ke tak dan macam-macam lagi la.. Kalau lukis tak la masalah sangat.. Tapi!!! Name die pula susah nak cari.! Aduii.. Paling simple, saye on FB pastu tanye orang-orang yang online tu.. Banyak jawapan nye, tapi satu pun tak berkenan kat hati ni., :p Lepas dah pikir-pikir, dapat la satu name.. Iaitu --> G-ONE .,! Aiseh, hahaha., Ok la, saye nak tido dulu.. Esok sekolah! Jumpe lagi nanti di post akan datang.. Esok malam la maksudnye!!! Hahahahahaha :p

Saturday, 22 June 2013

Feeling excited

Hi,
Saye Intan.. Tapi orang panggil saye ejul.. Hahaha, panggilan family la katakan.. Saye mungkin baru kat sini, tapi sebenarnya boleh dikirakan lame juga selepas blog saye yang pertama kena hack.. Huhu.. :( So, langkah termudahnya buat blog barulah.. Ha! Ini story tau.. Story pasal hidup saye.. Saye takde kawan yang boleh dipercayai untuk mendengar masalah saye dan memberi nasihat.. Memang ade! Tapi, sejak saye balik sabah dan sejak naik form 1,, kitorang jarang berhubung dah.. Die masuk asrama manakala saye sekolah harian je.. Hmm.. Sedih sangat! Mungkin lepas ni saye jadi Blogger Girl pula kot.. Haha! Macam cite Blogger Boy dulu tu.. Korang pernah tengok ke? Rasanye mungkin pernah kan? Hehe! Sebenarnye saye ade banyak betul cite yang nak post kat 'diary' baru saye ni.. Tapi taklah sekarang.. Banyak tu! Hehe.. Em, next night saye post lagi la story yang dah happen kat saye sepanjang hari or apa-ape je la.. Just wait la if you want to read my story.. Mungkin tak menarik bagi korang, tapi saye peduli ape kan? Ini kisah saye! Blog saye! Bukan kisah dan blog awak.. Betul tak? Name pun "My life's Story" dan pemiliknya Adiq Ejul.. So, saye punye la, bukan awak.. Yang awak nak sibuk ape pasal? Saya tak marah orang nak bace cite hidup saye, tapi jangan la beri komen yang negatif or apa-ape yang menyakitkan hati orang.. Ok la, ter-emosi pula saye kejap.. Huhu.. Jumpa lagi nanti ye.. Bye! ;)